Thursday, June 14, 2007
CAUTION : Today's post will be in Malay. :DAku berjumpa dengan Nawal dan Irah di LJS.
Kami bercadang untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru-guru kami.
Cuaca yang agak panas terik menyebabkan aku berasa kurang selesa kerana aku memakai baju lengan panjang.
Ermm.. Janganlah tanya mengapa aku berpakaian sebegitu. Aku hanya sekadar mahu menutup aurat. (WHAT THE HELL?! HAHAHA.)
Lepas itu, kami menuju ke kolong blok yang berdekatan dengan rumahku.
Berjam-jam kami menunggu kedatangan Mimmah yang masih belum muncul lagi.(Exaggerate)
Sampai naik kering tekak aku dibuatnya kerana aku berceloteh(non-stop).
Selang beberapa minit kemudian, Mimmah pun tiba.
Aku dan Irah membuat kerja sekolah kami tetapi kami tidak dapat fokus kerana Nawal mahukan perhatian seratus peratus dari kami semua.
Mimmah berasa bosan lalu dia main permainan 'Snake' yang ada di telefon bimbitnya.
Nawal pula seperti orang yang sedang mempunyai masalah yang terlalu berat, kerana dia tidak habis-habis terpekik terlolong macam orang yang terkena histeria.
Kasihan sungguh aku melihatnya.
Sesudah itu, Nawal menyanyikan lagu 'Pochong' untuk kami semua.
Kerana berasa terlalu bosan, kami semua angkat kaki lalu pergi ke Hougang Mall.
Masa perjalanan ke sana, Nawal mengajar kami bagaimana hendak menyanyi lagu "Ponti-ponti/Momok-momok" (Lol. Nawal is so sick.)
Kami ke NTUC dan membeli snek-snek ringan ; seperti coklat, keropok & gula-gula.
Kami bukan sahaja membeli, malah.. semasa memilih snek (SNACKS lah!), kami memberi banyak komen seperti, "Keropok ni tak sedap lah. Keropok ni macam kipas lah. Keropok chickadees." Macam-macam betul.
Bukan main kecoh lagi!
Lepas itu kami semua pulang..
Dan oh ya.. aku ternampak Melissa & Linda dekat luar Hougang Mall.
Mereka memakai baju seragam Pizza Hut.
Aku dan kawan-kawan ku yang lain pun hairan bagaimana mereka boleh bekerja di sana.
Umur mereka baru mencecah 15 tahun. Itu pun, aku tidak terlalu pasti. Mana tau, hari lahir mereka belum lepas lagi.
& sebelum aku terlupa, Nawal suka mengorek-ngorek benda lalu mengutipnya. (Hahaha. Tak faham takpe)
Ps : Melayu aku hancor man! I really need to read malay books. Its been a long time since I last read em.